Menu

 

A+ A A-
Ustaz Mohd Adib bin Hassan Saari

Ustaz Mohd Adib bin Hassan Saari

Sarjana Muda Qiraat, Maahad Qiraat Shubra, Universiti al-Azhar. Antara guru beliau ialah Syeikh Abdul Hakim bin Abdul Latif (Pakar Rujuk Utama Ilmu Qiraat di Masjid al-Azhar), Syeikh Abdul Rahim al-Banna dan Syeikh Qadri bin Abdul Hamid al-Hafiz. Kini guru, merangkap jurulatih utama al-Quran, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

SALAH SEBUT LAIN MAKSUD

Ramai orang berkata bahawa jika kita tidak sebut sesuatu huruf dengan betul dan jelas, maka maksudnya akan bertukar. Bolehkah ustaz berikan contoh-contohnya?

Terdapat beberapa perkataan yang memerlukan sebutan yang jelas sama ada dari segi makhraj serta sifat huruf. Jika tidak, akan berlaku kesamaran dan tertukar lafaz. Lebih parah lagi, ia akan mengubah maksud serta makna ayat-ayat suci al-Quran itu sendiri.

 

PEMBUKUAN AL-QURAN ITU BIDAAH?

Sesungguhnya ilmu yang sebenar itu ialah apa yang difirmankan oleh Allah s.w.t., apa yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. dan apa yang diriwayatkan oleh para sahabat rhm. tanpa diperolok-olokkan. Inilah sumber ilmu yang sebenar seperti yang dimasyhurkan oleh para ulama.

ASAL BAHASA ARAB

SEJARAH telah melakarkan bahawa al-Quran bukan sahaja dihafaz di dada malah telah ditulis oleh para sahabat demi untuk memastikan ianya terpelihara sepertimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. dalam Surah al-Hijr, ayat 9 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran, dan Kami yang memelihara dan menjaganya.”

DIBUKUKAN UNTUK MEMELIHARA AL-QURAN

SAYIDINA Abu Bakar r.a. adalah sahabat yang pertama memeluk agama Islam dan sahabat yang pertama bersahabat serta beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w. Maka, dari segi senioriti pengalaman inilah yang membuatkan beliau dilantik menjadi khalifah Islam yang pertama selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

KADAR TEMPO BACAAN AL-QURAN

SAYA pernah mendengar seorang anak muda yang membaca al-Quran dengan begitu laju sekali. Rupanya dia seorang pelajar tahfiz. Cuma saya inginkan kepastian sama ada dibolehkan kita membaca al-Quran secara laju atau tidak.

AYAT ALQURAN TELAH DIEDIT

PERNAHKAH kita terfikir bahawa al-quran yang tersusun begitu indah dan rapi ini telah diedit sebaik mungkin oleh para sahabat yang amat thiqah dalam ilmu al-quran?

AYAT-AYAT SUJUD SAJDAH

Sujud Sajdah dalam Solat Subuh Pagi Jumaat

PERTAMA kali saya solat Subuh berjemaah di masjid ialah minggu lepas. Barulah saya tahu ada amalan sujud tilawah dalam solat Subuh. Saya terpinga-pinga melihat orang lain sujud. Saya ingatkan rukuk. Bolehkan ustaz jelaskan tentang amalan tersebut?

SEJARAH PENULISAN PADA ZAMAN RASULULLAH

FIRMAN Allah s.w.t. yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia. Dan bukanlah al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan, tetapi sayang…) amatlah sedikit kamu beriman. Dan juga bukanlah al-Quran itu perkataan seorang bomoh (sebagaimana yang kamu katakan, tetapi sayang…) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan. (Al-Quran itu) diturunkan dari Allah, Tuhan sekalian alam. Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta – sebarang kata-kata rekaan – sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan kami. Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta); Maka tidak ada seorangpun antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.” - (Surah al-Haqqah 69: 40-47)

MENGAPA PERLU MEMBACA AL-QURAN DENGAN BERTAJWID?

BOLEHKAH diterangkan mengapa perlunya membaca al-Quran dengan bertajwid. Apakah kepentingannya dalam kehidupan seharian kita?

Abdullah bin Mas‘ud r.a. adalah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang merdu suaranya serta pakar dalam bidang tajwid dan selok-belok al-Quran. Beliau juga seorang yang teliti dalam pembacaan al-Quran. Pengiktirafan ini telah disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam hadis Baginda yang bermaksud: “Sesiapa yang mahu membaca al-Quran bertepatan sepertimana ia diturunkan, hendaklah ia membaca sepertimana bacaan Ibn Ummi ‘Abd (Ibn Mas‘ud).”