Menu

 

A+ A A-
Dr. Farhan Hadi Mohd Taib

Dr. Farhan Hadi Mohd Taib

Lulusan Perubatan UNIMAS dan merupakan seorang pegawai perubatan di sebuah Hospital. Juga sebagai penulis dan editor bagi Syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

 

BERSENAM UNTUK CERGAS

ALLAH s.w.t. telah menganugerahkan nikmat yang tidak terhitung jumlahnya kepada manusia di muka bumi. Salah satu nikmat yang begitu besar harganya ialah nikmat kecergasan badan. Kecergasan merupakan satu perkara yang baik, tetapi ramai manusia melupakannya. Ia adalah lambang kesihatan dan kekuatan jasmani seseorang. Kecergasan hanya dihargai setelah badan kita terlantar di atas katil dan mengalami kesakitan.

ISLAM MENJUARAI KEBERSIHAN

KEBERSIHAN dalam Islam amat luas pengertiannya. Ia merangkumi semua aspek dalam kehidupan kita sebagai orang Islam. Secara umumnya, kebersihan ini dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu kebersihan rohani dan jasmani. Kedua-dua jenis kebersihan ini saling berkait rapat kerana kedua-duanya menjadi syarat untuk mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat.

MAKAN UNTUK SIHAT

Masalah yang berkaitan dengan pemakanan ini tidak hanya melanda golongan dewasa, para pelajar dan remaja turut terlibat sama. Di negara kita, pernah timbul isu tentang cara-cara untuk mengelakkan gejala obesiti dalam kalangan pelajar sehingga timbul cadangan untuk melarang penjualan nasi lemak di sekolah-sekolah.

DEMI PENA ITU!

Penghujung hidup ini merupakan sebuah catatan di langit dan di bumi, mengajar insan pentingnya erti pengakhiran bagi setiap permulaan.”

MINUM PUN ADA CARANYA

MINUM air merupakan satu amalan yang sangat penting untuk badan kita. Dalam satu hari kita minum air sebanyak 8 hingga 15 kali sehari, bergantung pada keperluan badan kita. Orang yang aktif bersukan akan minum air dengan lebih kerap berbanding orang yang tidak aktif.

BOLEH MAKAN BERDIRI?

“TEKAK berasa haus. kaki berjalan laju menuju ke destinasi. Tangan mencapai sebotol air mineral lalu meneguk dengan habis sekali gus. Serta-merta rasa haus itu hilang, namun perut berasa sedikit senak dan kembung. Kaki terus mengorak menuju ke destinasi kerana waktu agak suntuk. Tidak ada masa untuk berfikir apa yang sedang berlaku di dalam perutnya.”

10 PERKARA YANG MEROSAKKAN OTAK

1. Tidak mengambil sarapan pagi

OTAK merupkan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjad kurang aktif pada hari tersebut.

SIHAT DALAM TIDUR

CARA manakah yang paling baik untuk tidur? Posisi manakah yang bagus untuk organ-organ tubuh kita berfungsi dengan elok semasa tidur? Berbaring dengan cara menelentang, meniarap, mengiring sebelah kiri atau sebelah kanan?

CARA MUDAH UNTUK SIHAT

BADAN kita sebenarnya sentiasa terdedah kepada ancaman musuh yang tidak dapat dilihat oleh kaca mata. Musuh ini amat susah untuk ditangani, bahkan kadang-kadang kita terlupa akan kewujudannya. Meskipun kita tidak sedar dan terlupa, ia terus menerus memberi ancaman kepada kita selama 24 jam sehari.