Menu

 

A+ A A-

BUKTI YANG JELAS

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Bayyinah ayat 1 – 4 yang bermaksud: “Orang kafir daripada Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang Musyrik, tidak akan terlepas (daripada kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas dan nyata. Iaitu seorang Rasul daripada Allah yang membacakan (kepada mereka) lembaran-lembaran suci. Terkandung dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar. Dan orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas dan nyata.

SURAH ini dinamakan dengan alBayyinah seperti kata pada ayat pertama yang bermaksud “bukti”. Manurut Sayyid Qutub, surah ini memaparkan banyak hakikat sejarah dan keimanan. Yang pertama, perutusan Nabi s.a.w. kepada manusia yang membatalkan semua ajaran yang dibawa oleh risalah-risalah yang terdahulu.

Hakikat yang kedua adalah berkenaan Ahli Kitab yang sebenarnya berbeza pandangan selepas datangnya bukti. Manakala hakikat yang ketiga, sumber agama asalnya adalah satu iaitu daripada Allah, kemudian diselewengkan oleh Ahli Kitab. Hakikat yang keempat ialah golongan Ahli Kitab yang menyelewengkan kebenaran adalah makhluk yang paling buruk sedangkan orang yang beriman dan beramal soleh adalah sebaik-baik makhluk.

Golongan Ahli Kitab dan Musyrikin

Ahli Kitab adalah golongan Yahudi dan Nasrani sementara Musyrikin ialah penyembah berhala dan api sama ada daripada kalangan orang Arab ataupun bukan Arab. Mereka merasakan bahawa mereka di pihak yang benar sehinggalah datangnya kebenaran kepada mereka.

Ayat pertama membawa maksud bahawa golongan kafir itu meninggalkan keyakinan dan pandangan hidup mereka apabila sampai petunjuk dan bukti kebenaran Islam kepada mereka.

Kemudian Allah menjelaskan bahawa bukti nyata yang dikemukakan kepada mereka itu adalah sebagaimana fi rmannya dalam ayat yang kedua surah al-Bayyinah ini iaitu Nabi Muhammad dan al-Quran.

Seterusnya pada ayat yang ketiga yang bermaksud “terkandung dalamnya pelajaranpelajaran dan hukum-hukum yang benar” adalah merujuk kepada panduan yang lurus, jelas dan tiada kekeliruan padanya.Menerusi ayat keempat, Allah s.w.t. menegaskan bahawa Ahli Kitab tidak pernah menafi kan kebenaran perutusan Nabi s.a.w. sebelum kedatangannya. Malangnya sebaik sahaja mereka mengetahui bahawa Rasul terakhir itu dilantik daripada kalangan bangsa Arab, mereka mula berselisih antara yang menokongnya.

Antara yang memeluk Islam dengan keyakinan yang sebenar-benarnya adalah seperti ‘Adi bin Hatim, Salman al-Farisi dan Tamim al-Dari yang beragama Kristian sebelum ini. Daripada kalangan Yahudi yang masuk Islam pula antaranya ialah Abdullah bin Salam yang mempunyai kenangan yang menarik semasa pengalaman keislamannya.

Peristiwa ini dikemukakan berpandukan kepada hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim bagi menunjukkan kebenaran firman Allah dalam ayat keempat ini.

Kisah dari hadis

8.bukti yang jelasAbdullah bin Salam mempelawa Nabi s.a.w. untuk bertemu para pemimpin agama Yahudi untuk mengenal pasti sikap mereka. Baginda bersetuju lantas menurut ajakan Abdullah bin Salam. Setelah sampai ditempat yang dituju, Abdullah bin Salam telah bersembunyi agar tidak dilihat oleh orang Yahudi itu. Lantas Baginda terus bertanya kepada mereka mengenai Abdullah bin Salam.

Mereka menjawab: “Dia adalah orang yang terbaik, geberasi yang terbaik, malah dia juga seorang cendekiawan yang lahir daripada salasilah keluarga terhormat. Dialah yang terbaik daripada kalangan yang terbaik di sisi kami.” Kemudian Rasulullah mengajukan persoalan lagi: “Apa pendapat kalian jika Ibn Salam ini masuk Islam?” Lalu mereka menjawab serentak: “Semoga Allah melindunginya daripada perbuatan itu.”

Baginda pun berkata: “Mengapa kamu berkata begitu? Bukankah kamu semua telah tahu tentang perkhabaran Nabi akhir zaman dan tanda-tanda tersebut ada padaku. Sesungguhnya aku adalah Rasulullah, penutup sekalian para nabi dan rasul. Hal ini telah dijelaskan dalam kitab-kitab kamu dan juga wasiat nabi-nabi sebelum ini.”

Mereka menggelengkan kepala sebagai tanda tidak mengiktiraf kerasulan Nabi s.a.w. Tiba-tiba Abdullah bin Salam pun keluar dari tempat persembunyiannya dan mengucapkan dua kalimah syahadah dan berkata: “Wahai sekalian Bani Israel! Bukankah kamu sedia maklum tentang kebenaran Rasul akhir zaman ini? Marilah kita bersama-sama memeluk Islam!”

Tapi mereka terus mencemuhnya dan berkata: “Demi Tuhan…dia pendusta daripada kalangan kami. Bapanya pun sama berperangai buruk.”

Abdullah kembali kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: “Sesungguhnya Yahudi gemar mengada-adakan cerita. Jika mereka mengetahui keislamanku sebelum diberitakan kepada mereka, pasti mereka akan berbohong atas diriku di hadapanmu.”

 

Ustaz Dr Zahazan Mohamed 

Sumber artikel daripada Majalah GEN-Q Isu 09

 


 

Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed

Dilahirkan di Melaka, mendapat pendidikan awal di Kolej Islam Kelang, kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Yarmouk, Jordan. Mendapat Ijazah Sarjana (MA) dalam Bahasa Arab di Universiti Malaya, dan meneruskan pelajaran ke peringkat Ph.D. Berpengalaman dalam memimpin kursus dan membimbing jemaah haji dan umrah yang bertauliah dari Lembaga Tabung Haji. Sering dijemput ceramah agama di samping sering muncul dalam program radio dan tv. Aktif dalam bidang penerbitan bahan ilmiah di beberapa akhbar dan majalah.

Terbaharu, Dr. Zahazan sedang menjayakan pengajian tafsir “KULTUM” (Kuliah Tafsir Tujuh Minit) setiap hari di Surau Firdaus, Saujana Damansara. Satu ayat akan dikupas pada setiap hari. Pembaca boleh mengikuti beliau melalui Youtube dengan carian “kultum ust zahazan”.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

  

  

  TBBK1057 TBBK1157TBBK1182

   TBBK1052TBBK1297TBBK1126

    TBBK1214TBBK1052

Kembali ke atas