Menu

 

A+ A A-

BANGSA YANG MENGKHIANATI PERJANJIAN

APABILA pihak Palestin atau HAMAS (Harakah al-Muqawamah al-Islamiyah) mengadakan perjanjian damai dengan Israel, ia tidak akan kekal lama akibat kedegilan bangsa Yahudi. Israel seolah-olah memandang perjanjian damai sebagai alat untuk meraih perhatian dan simpati masyarakat dunia, khasnya barat. Bagaimana kita boleh mengetahui pendirian mereka?

Sebenarnya, al-Quran telah memberi peringatan yang paling jelas mengenai bahaya yang menanti umat Islam akibat keburukan akhlak bangsa Yahudi. Sesungguhnya Allah telah merakamkan sifat-sifat buruk mereka dalam al-Quran. Sifat-sifat buruk yang dinyatakan dalam al-Quran terhadap mereka telah dilihat oleh manusia dengan jelas sepanjang zaman dan pelbagai tempat serta semakin bertambah dari semasa ke semasa. Antaranya adalah memungkiri setiap perjanjian yang disepakati antara mereka dan pihak lain.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya binatang (makhluk) yang paling buruk di sisi Allah ialah orang yang kafir, kerana mereka itu tidak beriman. (Iaitu) orang yang kamu telah mengambil perjanjian daripada mereka, sesudah itu mereka mengkhianati janjinya, pada setiap kalinya, dan mereka tidak takut (akibat-akibatnya).” (surah al-Anfal 8: 55-56)

bangsa-khianat-perjanjian-1

Apabila kita memerhatikan sejarah silam dan moden mereka, kita dapat melihat bahawa sifat ini seolah-olah telah menjadi tabiat mereka. Allah telah membuat beberapa perjanjian dengan mereka melalui utusan nabi dan rasul, tetapi bangsa Yahudi mengingkarinya. Sebagai contoh sila renungi kisah Nabi Musa a.s. dan kaumnya yang disebut didalan al-Quran yang bermaksud:

“Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji daripada kamu dan Kami angkatkan gunung (Tursina) di atasmu (lalu Kami  berfirman): ‘Peganglah dengan teguh apa yang Kami berikan kepadamu dan ingatlah selalu apa yang ada di dalamnya agar kamu bertakwa. Kemudian kamu berpaling setelah (adanya perjanjian) itu, maka jika tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya atasmu, nescaya kamu tergolong dalam golongan orang yang rugi. Dan sesungguhnya kamu telah ketahui orang yang melanggar antara kamu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: ‘Jadilah kamu kera yang hina.’ Maka kami jadikan yang demikian itu sebagai peringatan bagi orang pada masa itu, dan bagi mereka yang datang kemudian , serta menjadi pengajaran bagi orang yang bertakwa.” (surah al-Baqarah 2: 63-66)

Hari Sabtu telah dikhususkan sebagai hari ibadah bangsa Yahudi dan sebarang pekerjaan dilarang untuk dilakukan pada hari tersebut. Bangsa Yahudi akur dan telah berjanji dengan Allah s.w.t. untuk mematuhi peraturan ini walaupun pada mulanya mereka  enggan sehingga Allah mengangkat bukit Tursina di atas mereka untuk menakut-nakutkan mereka. Namun, terjadi suatu peristiwa apabila sebahagian daripada mereka melanggar perjanjian ini akibat mengejar kekayaan dunia. Mereka ini umpama haiwan, hidup tanpa menggunakan akal dan kesedaran dan berkeliaran dengan sesuka hati seperti kera di habitatnya dan babi di kubangnya. Mereka sanggup melakukan maksiat secara terang-terangan dan melupakan adab kesopanan sebagai seorang manusia. Akibatnya, mereka dihina oleh manusia dan tidak dipedulikan.

bangsa-khianat-perjanjian-2

Yahudi pada Zaman Nabi Muhammad

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah, pernahkan orang Yahudi mengkhianati perjanjian mereka?

Sebenarnya, Nabi Muhammad s.a.w. juga telah membuat perjanjian dengan orang Yahudi melalui Perjanjian Hudaibiyah yang mana dalam perjanjian ini mensyaratkan mana-mana pihak tidak boleh membantu musuh di luar Madinah untuk menyerang Madinah dan mereka hendaklah melindungi antara satu sama lain. Tiga puak Yahudi yang terkenal di Madinah ialah Bani Qaynuqa‘, Bani Nadir dan Bani Qurayzah. Bani Nadir ialah kumpulan yang mula-mula sekali memungkiri perjanjian ini apabila mereka melakukan percubaan membunuh Nabi Muhammad s.a.w. Kejadian ini berlaku semasa Baginda dan beberapa orang sahabat berada di perkampungan mereka.

Semasa Baginda sedang bersandar di salah satu dinding, mereka secara licik berkonspirasi mahu mencampakkan batu dari sebelah belakang rumah. Perkara ini telah diketahui oleh Baginda dan Baginda bingkas bangun meninggalkan mereka dan pulang ke Madinah. Baginda s.a.w telah mengutus seorang sahabat yang bernama Muhammad bin Maslamah untuk memaklumkan pengusiran mereka.

Rasulullah s.a.w. telah memberi tempoh selama 10 hari untuk mereka mengosongkan perkampungan mereka. Walaupun pada awalnya mereka akur untuk berpindah, tetapi akibat campur tangan dan hasutan daripada Abdullah bin Ubay bin Salul, mereka menarik balik keputusan mereka. Abdullah telah mengumpan mereka dengan 2000 orang askar untuk mempertahankan mereka. Diringkaskan cerita, Rasulullah s.a.w. telah berjaya mengusir mereka setelah berjaya  mengepung mereka dan bantuan yang dijanjikan oleh Abdullah tidak sampai seperti yang dijanjikan. Sebahagian mereka telah menuju ke Khaybar dan yang lain pergi ke selatan Syam. Kisah perang ini juga disebut di dalam al-Quran yang bermaksud:

“Telah bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan bumi; dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dialah yang mengeluarkan orang- kafir antara ahli kitab dari kampung mereka pada saat pengusiran yang pertama (iaitu orang Yahudi Bani Nadir, mereka mula-mula dikumpulkan untuk diusir keluar dari kota Madinah). Kamu tidak menyangka bahawa mereka akan keluar dan mereka pun yakin bahawa benteng-benteng mereka dapat mempertahankan mereka daripada (seksa) Allah. Maka Allah mendatangkan kepada mereka (hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka dan Allah melemparkan ketakutan dalam hati mereka. Mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang Mukmin. Maka, ambillah (kejadian itu) sebagai pelajaran, wahai orang yang mempunyai wawasan. Dan jika tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran terhadap mereka, Allah benar-benar mengazab mereka di dunia, dan bagi mereka di akhirat nanti azab neraka. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka menentang Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa menentang Allah dan Rasul-Nya, sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya. Apa saja yang kamu tebang daripada pohon kurma (milik orang kafir) atau yang kamu biarkan (tumbuh) berdiri di atas pokoknya, maka (semua itu) adalah dengan izin Allah, dan kerana dia hendak memberikan kehinaan kepada orang fasiq.” (surah al-Hashr 59: 1-5)

Ustaz Haji Mohd Hanif bin Hj Ismail
Sumber artikel daripada Majalah Al-Ustaz Isu 2


Ustaz Haji Mohd Hanif bin Hj Ismail

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian) Universiti al-Azhar. Kini menjadi pendidik di Sek. Men. Agama Tanjung Karang. Aktif dalam berceramah. Antara buku yang dihasilkan beliau iaitu “Zionisme: Order Barat Menghancurkan Umat Islam ” dan “Baitul Maqdis: Kesucian Yang Dipertahankan.”

Terkini daripada Ustaz Haji Mohd Hanif bin Hj Ismail

Kembali ke atas