Menu

 

A+ A A-
Fatimah Syarha Mohd Noordin

Fatimah Syarha Mohd Noordin

Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Fiqh dan Psikologi) dan Ijazah Bacaan Quran Bersanad dan Daurah Bahasa Arab dari Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Syria. Kini menyambung pengajian Sarjana di UIAM. Berpengalaman menjadi Peer Tutor, Naqibah Study Circle, fasilitator dan Ketua Pengarah Kumpulan Panel Editor UIAM dan ustazah di Sek. Ren. Ibn Kathir, Gombak. Pernah dinobatkan sebagai novelis Sayembara Mengarang Novel Remaja DBP 2006. Mula berkarya dengan Telaga Biru Sdn. Bhd. pada Disember 2005.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

  

  

 

REMAJA & KRISIS IDENTITI

“SIAPA saya?” “Saya nak jadi macam siapa?” Hati remaja sering tertanya-tanya dalam sedar mahupun tidak. Ia suatu persoalan yang besar. Sering kali remaja menjawab persoalan ini dengan tafsiran dan kefahaman mereka sendiri. Jelas, jawapan mereka terzahir daripada identiti yang lahir.

USAH RISAU JIKA BELUM BERPUNYA

RESAH. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh.“Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja.” Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka. “Aku tak cantik ke?” “Aku kurang bergaya ke?” “Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?” “Aku tak pandai meng’ayat’ agaknya.” Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya.