Menu

 

A+ A A-

PANCING HATI DENGAN AKHLAK MULIA

JIKA ditanya bagaimana cara manusia berkomunikasi, pasti jawapannya sama ada melalui lisan, penulisan, lukisan, gerak badan ataupun sentuhan. Di situlah ada alat bantu yang diperlukan bagi melancarkan proses tersebut.

Tulisan! Ya, ia cukup sinonim denganku.

Dengan gabungan rakan-rakan konsonan dan vokal yang lain, ia mampu menyampaikan maklumat kepada pembaca. Ditambah lagi dengan kawan-kawan titik noktah, tanda seru, pembuka dan penutup kata, tulisan menjadi mudah difahami dan membawa erti.

Mementingkan Kesatuan

Aku aksara A. Aku tidak mampu hidup sendiri. Hanya setelah digabung dengan aksara yang lain, barulah kami boleh membentuk perkataan. Jika aku dan kawan-kawan ditulis pada sehelai kertas, kemudian tulisan itu dibaca, boleh sahaja menimbulkan perasaan. Gembira, sedih, marah, ataupun kecewa, segalanya mungkin. Ada juga yang hanya menitipkan beberapa baris kata, sudah cukup menyentuh jiwa. Itulah dia para sasterawan dengan kisah tulisan mereka.

pancing-hati-dgn-akhlak-mulia-1

Bagi manusia, pepatah bersatu teguh bercerai roboh sudah tidak asing lagi. Ini juga selari dengan maksud hadis tentang orang mukmin yang seperti satu jasad. Jika salah satu anggota sakit, maka seluruh jasad turut sakit dan berjaga malam. Ikatan kesatuan itu terjadi atas dasar akidah, bukannya bersatu atas perkara mungkar ataupun berniat untuk menindas orang lain. Apabila wujud kesatuan atas perkara yang baik, lahirlah kebaikan-kebaikan yang seterusnya.

Benar, bersatu menjadikan sesuatu lebih kuat. Bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya aksara tidak bergabung, ataupun tanda baca tidak berperanan? Apabila hanya sebilangan aksara sahaja yang berperanan, kami tidak mampu membentuk perkataan dan maksud perkataan boleh berubah.

Apabila tanda soal tidak berfungsi, ayat soal menjadi ayat penyata. Sudah tentu tidak tercapai maksudnya. Termasuk juga kepentingan titik noktah yang sekadar satu titik supaya manusia tidak semput membaca!

Adakah yang paling menonjol itu terlihat paling baik berperanan? Ataupun yang paling atas itu yang paling penting?

Adakala yang penting perlu disorok seperti jantung yang mengepam darah berada dalam badan manusia. Apabila kita berada di tempat paling atas, jangan menyangka orang bawahan tidak penting. Yang nyata, bersatu akan menimbulkan kekuatan tanpa menafikan peranan dan hak orang lain.

pancing-hati-dgn-akhlak-mulia-2

Mementingkan Akhlak Mulia

Jika dahulu, kertas dan pen yang menjadi teman si penulis. Tetapi kini seiring dengan perkembangan teknologi, maka wujudlah blog, Facebook dan pelbagai lagi laman sosial sebagai tempat untuk menulis.

Remaja dilihat cenderung menggunakan kami sekadar menyatakan hasrat hati ataupun tidak kurangnya berdakwah dalam bentuk tulisan. Aku dan kawan-kawan bergantung pada cara penggunaan manusia.

Kami akan dilihat baik jika manusia menggunakan kami akan terus menjadi benar walaupun diserang dengan kebatilan. Tetapi kebenaran jarang-jarang mahu diterima sebagai kebenaran jika pendekatan yang membawa kebenaran itu tidak dengan kasih sayang, tiada bahasa lemah lembut dan jauh sekali rasa hormat. Jika berada di pihak yang benar sekalipun, tetapi salah akhlak dalam teguran, maka ia dianggap tidak benar kerana akhlaknya tidak selari dengan akhlak dai.

Jadi, menulis dengan baik juga termasuk dalam akhlak mulia. Tulisan yang merugikan diri sendiri dan orang yang membaca adalah seperti tulisan yang memaki dan menghina.

Ataupun tulisan yang merosakkan bahasa seperti sengaja ditambah atau dikurangi aksara dalam sesuatu perkataan. Apabila telah dengan cara yang baik, begitu juga sebaliknya. sesuatu kebenaran dimulakan dengan satu dosa (menulis yangsia-sia dan tiada adab), percayalah dosa-dosa lain akan timbul pula. inilah dakwah mudah kerana hanya perlu tonjolkan akhlak mulia.

pancing-hati-dgn-akhlak-mulia-3

Maka manusia, fikirkan bagaimana ingin menyusun aksara yang tidak bersuara sebagai pengganti diri? Manusia hanya berhubung dengan manusia yang lain tanpa menampakkan mimik muka. Tetapi mereka mempunyai pilihan untuk berniat yang baik dan bantuan Allah sebagai perantara. Semoga Allah membantu kalian bagi menggunakan aku sebagai aksara ke arah kebaikan, seterusnya membahagiakan mereka yang membaca aku dan kawan-kawanku. Amin.

Nurul Amirah Abdul Rahim

Sumber artikel daripada majalah Gen-Q isu No.8


Nurul Amirah Abdul Rahim

Lulusan Universiti Teknologi Mara

Kembali ke atas