Menu

 

A+ A A-

YAHUDI BANGSA CERDIK

Secara Genetik

Realiti hari ini kita dapati bahawa kebanyakan tokoh-tokoh ilmuwan moden kebanyakannya orang Yahudi. Lihat sahajalah pada senarai penerima anugerah Nobel, kebanyakannya pun orang Yahudi. Betulkah Yahudi memang secara genetiknya bangsa yang cerdik?

Wallahu a‘lam. Jika benar mereka cerdik secara genetik, kenapa hanya pada zaman moden ini sahaja kecerdikan mereka terserlah bijak? Tambahan pula bangsa Yahudi bukannya ada tamadun silam yang boleh dibanggakan seperti bangsa Rom dan Parsi. Pelik juga untuk diakui bahawa mereka ialah bangsa yang bijak secara genetik sedangkan pelopor kepada banyak ilmu-ilmu moden itu orang Islam daripada pelbagai bangsa. Antaranya, banyak konsep matematik termasuk algebra digagaskan oleh al-Khawarizmi dan al-Jabar.

Ilmu kedoktoran termasuklah pembedahan dan anatomi digerakkan oleh Ibn Sina. Dan Ibn Khaldun yang meletakkan asas ilmu sosiologi yang kini diterajui oleh pengkaji-pengkaji berbangsa Yahudi di Barat.

Sukar untuk saya menerima tanggapan bahawa bangsa Yahudi dianugerahkan kecerdasan semulajadi yang tinggi berbanding bangsa lain. 

Cerdik Kerana Pembudayaan

Bagaimana kita hendak menolak fakta dan realiti semasa? Tokoh-tokoh kenamaan dunia dalam semua bidang termasuklah pendidikan, perniagaan dan hiburan ramai berketurunan Yahudi.

Kita tidak menafikan realiti yang berlaku. Yang kita nafikan ialah anggapan bahawa orang Yahudi itu bijak secara genetik.

Saya tegaskan di sini bahawa hebatnya Yahudi bukannya secara semulajadi iaitu lahir dengan tahap intelektual yang tinggi berbanding kita. Sebaliknya mereka menjadi cerdik kerana didikan dan pembudayaan.

Keadaan ini samalah dengan orang Cina. Ramai orang Melayu menyangka bahawa mereka bijak ilmu hisab dan berniaga secara semulajadi. Lalu mereka sekadar takjub dan kagum dengan mereka semata mata. Walhal mereka dididik dan dibiasakan dengan urusan kira-kira sejak kecil lagi.

Adolf Hitler dalam karyanya Mein Kampada ulasan yang menarik: “Kecerdasan pemikiran bangsa Yahudi telah dididik melalui ribuan tahun. Maka mereka dipandang sebagai bangsa yang mempunyai kepintaran yang istimewa.

 “Namun sebenarnya kecerdasan pemikiran orang Yahudi bukanlah merupakan hasil daripada perkembangan evolusi kecerdasan pemikiran dan keintelektualan bangsa Yahudi itu sendiri. Malah kecerdasan pemikiran mereka itu dibentuk oleh hasil hasil pemikiran yang mereka terima daripada bangsabangsa lain.”

Saya yakin bahawa orang Yahudi itu sama sahaja seperti bangsa lain dari segi intelektual. Mereka bijak kerana usaha yang kuat dan berterusan. Jadi kita sepatutnya belajar dengan mereka. Sikap sekadar mengagumi kehebatan kaum lain sebenarnya membantutkan dan melemahkan semangat untuk cemerlang.

 

 

Muhammad Luqman Makhta

Sumber artikel daripada Majalah Al-Ustaz Isu 09


 

Muhammad Luqman Makhtar

Sarjana Muda Ilmu Wahyu (Fiqh dan Usul al-Fiqh), UIAM. Pernah berkhidmat di Kolej Komuniti Masjid Tanah dan Selayang. Kini editor syariah di Telaga Biru Sdn. Bhd.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

special-4157 special-4099special-3928

 

Kembali ke atas