Menu

 

A+ A A-

BERFIKIRLAH!

ADIK-adik tersayang, alhamdulillah kita bersua lagi dalam isu kali ini. Baiklah, Kak Dina ingin ajukan satu soalan kepada adik-adik, siapakah yang paling pandai, bijak dan cemerlang di sekolah anda? Pastinya jawapan yang diberikan ialah mereka yang memperoleh banyak A dalam peperiksaan. Persoalannya, benarkah hanya yang berderet A itu sahaja yang pandai, cemerlang dan akan berjaya pada masa hadapan?

Orang Bijak Itu... 

Apakah sebenarnya maksud bijak dan cerdik? Adakah ia memang diukur dengan A semata-mata? Mendapat keputusan yang cemerlang sememangnya menunjukkan bahawa mereka rajin belajar, menghafal dan mengingat. Tetapi suka saya ingatkan, abad ke-21 ini kejayaan bukanlah ditentukan oleh jumlah A ataupun dengan banyaknya fakta yang dihafal semata. Sebelum kita pergi jauh, suka Kak Dina ajukan beberapa persoalan untuk kita fikirkan bersama: 

  1. fikir2Berapa ramai antara kita yang cuma ‘pandai’ menghafal tetapi tidak faham apa yang dihafal? 
  2. Adakah kita Cuma menghafal keseluruhan isi buku teks tetapi tidak faham konteks yang sebenarnya? Kita tidak tahu-menahu pandangan lain selain daripada yang tertulis dalam buku. 
  3. Berapa ramai antara kita tidak dapat membuat analisa dan mengeluarkan pendapat sendiri? 
  4. Berapa ramai antara kita apabila jawapan yang diberi berbeza daripada buku teks kita terus berkata jawapan itu salah kerana berbeza dengan buku. 

 

Di manakah kemampuan kita untuk berfikir? Kita tidak mahu menjadi seperti robot atau pita rakaman suara yang cuma pandai mengulang fakta sahaja.  Ingat ya, ramai orang boleh menghafal, tetapi tidak semua dapat dan mampu berfikir! Maksud Kak Dina berfikir secara boleh menghafal, tetapi tidak semua dapat dan mampu berfikir! Maksud kreatif, kritis dan analitis apabila mengutarakan pendapat sendiri, bukannya pendapat orang lain. 

Pemikiran Kritis 

fikir3Satu soalan untuk refleksi diri, adakah adik-adik jenis orang yang tidak pandai memberi pendapat sendiri? Atau pendapat adik-adik selalunya sama sahaja atau ‘skema’ semata? Jika ya, mulai hari ini adik-adik perlu mengubah sikap itu walaupun dalam perkara agama. Berapa ramai antara kita yang cuma ramai antara kita yang Cuma mengikut dan menurut: “Ustaz tu kata…” Adakah kita tidak boleh menyoal apa yang disampaikan oleh ustaz? Jangan tersilap ya adik-adik, Islam menggalakkan penganutnya untuk berfikir dan bertanya.  

Mungkin di sinilah silapnya budaya kita yang gemar menyuruh kita senyap daripada banyak bertanya. Pemikiran kritis atau ‘critical thinking’ amat perlu ditanam semula dalam diri sekiranya kita mahu berjaya. Agama Islam ialah agama untuk mereka yang berfikir, kerana itulah umat Islam dahulu mampu membina empayar, mampu menjadi saintis, penulis, pakar matematik, astronomi, perubatan dan sebagainya kerana mereka gemar berfikir. 

Sayangnya itu berbeza dengan umat Islam sekarang. Kebanyakan daripada kita cuma mengikut tanpa banyak berfikir. Di situlah antara punca kelemahan Islam! Kebanyakan cara pengajaran di sekolah juga seolah-olah tidak menggalakkan pelajar berfikir. Soalan yang ditanya memerlukan jawapan seperti dalam buku teks semata. 

Banyak Bertanya untuk Berfikir 

Betapa banyak ayat al-Quran yang bertanya kepada kita seperti “Apakah kamu tidak berfikir?” “Apakah kamu tidak melihat?” Sewaktu pembentangan kertas kerja Quranic thinking Skills, di KLCC Convention Centre tidak lama dulu, penceramah menegaskan bahawa berfikir amat ditekankan dalam Quran. Cuba lihat sahaja surah al-Rahman. Perkataan  “Maka nikmat Tuhan kamu yang mana kau dustakan?” diulang sebanyak 31 kali menunjukkan penekanan supaya kita banyak berfikir. Dalam al-Quran sendiri terdapat lebih kurang 1200 ayat persoalan. Banyak terminologi mengenai berfikir seperti tafakur, ‘tadabbur’, ‘tafaqquh’, ‘ta’aqul’ dan seumpamanya. Kata penceramah: “Berfikir adalah diet spirituall manusia, ia menyembuhkan masalah minda.” 

Adik-adik, Kak Dina teringat perkongsian daripada naqibah yang disayangi tentang maksud ayat 260 dalam surah al-Baqarah. Nabi Ibrahim a.s. bertanya kepada Allah untuk menunjukkan kepadanya bagaimana Allah menghidupkan orang yang telah mati. Allah bertanya kembali kepada Nabi Ibrahim: “Belum percayakah engkau?” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku percaya, tetapi agar hatiku menjadi tenang.” Lihat, nabi juga bertanya kepada Tuhannya. Jadi apa salahnya kalau kita bertanya kepada guru, ibu bapa dan ustaz agar hati ini yakin dengan ilmu yang disampaikan. 

Mulai hari ini, banyaklah bertanya! Berfikir bermula dengan bertanya. Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. gemar bertanya kepada Baginda. Tanpa pertanyaan, minda kita tidak digerakkan untuk berfikir. Bagaimana Kak Dina mula mengubah diri? Antara salah satu sebabnya kerana Kak Dina bertanya soalan pada diri: “Apa nak jadi dengan aku?” “Siapa aku?” Itulah soalan paling mudah ditanya tetapi paling sukar untuk dijawab. 

fikir1

Ayuh Berfikir! 

Kak Dina mahu bertanya kepada adik-adik. Kenapa agaknya kita kurang berfikir kini? Kenapa umat Islam dahulu hebat dalam pemikiran, tetapi sebaliknya berlaku sekarang. Negara Islamlah antara negara paling mundur, kotor dan ketinggalan serba serbi. Ini memang hakikat yang pahit untuk ditelan. Kita sekarang hilang fokus akibat dilalikan oleh hiburan dan menyalahgunakan teknologi sehinggakan ia merompak masa kita daripada bertafakur, berfikir dan bermuhasabah. 

Cuba fikirkan kata-kata ini: “Pada abad ke-21, mereka yang kreatif dalam menyelesaikan masalah, pemikir yang merdeka, dan mereka yang bijak bergaul akan mendahului mereka yang Cuma pandai memberi jawapan yang betul. Mereka yang akan memberikan sumbangan yang berguna kepada masyarakat bukan sekadar mencari jawapan yang tepat, tetapi mencari lebih daripada persoalan yang sedia ada.” (Pasek, K. H. et al (2003) 

Kak Dina akhiri dengan satu lagi persoalan. Apakah sebenarnya yang diperlukan untuk berjaya pada masa depan, iaitu pada abad yang ke-21yang mencabar ini? Selamat menyoal dan berfikir semua!

Wardina Safiyyah Fadlullah
Sumber artikel daripada majalah Gen-Q isu No.10


Wardina Safiyyah Fadlullah

Wardina Safiyyah merupakan seorang pelakon, pengacara dan selebriti terkenal tanah air. Minat Wardina dalam bidang penulisan dan kanak-kanak terserlah sejak dari kecil dan menurut Wardina, dunia kanak-kanak sudah sebati di dalam jiwanya. Anak ke-2 daripada 6 adik-beradik ini pernah bekerja sebagai guru sambilan di beberapa buah tadika, dan pernah menulis di dalam kolumnya sendiri di dalam majalah Mami & Baby juga akhbar Berita Harian. Wardina pernah berkongsi pengalaman dan pandangan sebagai salah seorang keynote speaker di Asia Pacific Conference on Early Childhood Education di Universiti Malaya.

Beliau merupakan antara selebriti popular terkenal Malaysia. Wajahnya dikenali ramai, personalitinya cukup disenangi. Wardina dikenali dan sinonim dengan imej seorang ibu yang prihatin dan sering menjadi ikutan ramai remaja wanita dan ibu muda. Di sebalik kelembutannya, Wardina juga dikenali sebagai seorang lantang dan tegas bersuara. Wardina tidak gentar dalam membicarakan apa yang benar. Beliau kini bertugas sebagai seorang pengacara rancangan bual bicara bercorak keagamaan di TV3 Al-Hidayah.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

 

Terkini daripada Wardina Safiyyah Fadlullah

Kembali ke atas