Menu

 

A+ A A-

LABURKAN ANAKMU SENDIRI

“Ustaz, can you recommend any ustaz who can attend similarly? Someone like you,” Tanya seorang anak muda kepada saya.

“How you define ‘someone like me’ itu?” saya bertanya.

“Well, someone with English proficiency and cool like you,” ujar beliau.

Saya terdiam seketika.

Cuba mencari-cari reaksi yang betul terhadap permintaan tersebut.

Dialog Orang Bukit
Dari semasa ke semasa, saya menerima jemputan daripada pelbagai pihak untuk hadir ke sesi dialog tertutup bersama sekumpulan anak muda yang mahu belajar tentang Islam. Keunikan program sebegini ialah pada corak pembawaannya yang mungkin sulit untuk digambarkan oleh mereka yang tidak pernah menemuinya.

Program berlangsung dengan bahasa Inggeris sebagai pengantarnya.

Peserta yang hadir pula, amat kasual penampilan mereka. Ada sekumpulan kecil yang bertudung dan berselendang. Ada juga yang biasa-biasa sahaja. Pakaian santai di hujung minggu.

Biar pun coraknya begitu, suatu keistimewaan yang ada pada setiap mereka yang hadir, ialah keinginan yang tulen untuk belajar tentang Islam. Namun disebabkan oleh latar belakang kehidupan, mereka berasa kekok untuk belajar di saluran biasa. Kekok ke masjid, atau kekok untuk belajar dengan “orang masjid”, jika boleh dinyatakan sedemikian.

Cabarannya bukan pada pada stail berpakaian. Ia hanya soal sampingan (pasti ada yang tidak menyetujuinya). Akan tetapi, cabaran terbesar yang ada pada mereka adalah stigma pemikiran, idea tentang kekolotan dan kebekuan pemikiran golongan agama yang merimaskan. Justeru mereka menjadi sangat “choosy”, tidak sewenang-wenangnya hadir ke majlis agama, kerana gangguan preconceive idea itu tadi.

Masyarakat Pluralistik
Apa sahaja komen anda mengenai situasi ini, anda terpaksa menerima hakikat bahawa sebuah negeri seperti Selangor, mempunyai penduduk yang tinggal di Sungai Gamut dan ada yang tinggal di Sierra Mas. Sebagai pendakwah, akses kepada jurang sosial antara penduduk seperti ini, mendedahkan saya kepada banyak isu yang mencabar minda.

“Well, to be honest with you guys, if English proficiency is the issue, then the options are narrowed. How many ustaz or ustazah have or want to communicate in English?” saya membalas.

“How do you learn English?” soal salah seorang mereka.

“No pain no gain. Five years studied in sekolah agama. Many years studied in Jordan where 43 out of 46 subjects were in Arabic. When I went to Ireland, even though I had no problem in reading and understanding people… you know the Northern Irish accent, but I did have a serious problem in delivering my talk and conversation in English. What I did was only one… challenge myself, bertanding dengan diri sendiri,” saya mengimbau kenangan lama.

Terkenang kembali rakan adik beradik seperti Bilal dan Abdul Rahman, yang tidak jemu-jemu membetulkan bahasa saya semasa saya bertugas sebagai Imam di Belfast. Mereka yang berbangsa Irish-Egyptian, suka menahan saya selepas khutbah Jumaat dan mengulas cara saya bercakap serta membetulkan penggunaan perkataan dan sebutan dari semasa ke semasa.

Kesannya Besar
Bahasa Inggeris saya tidaklah sampai menjadi bahasa Shakespeare. Tetapi cukup sekadar saya boleh mengungkapkan apa yang ingin saya sampaikan, dan orang faham apa yang saya perkatakan.

“Another thing is about being a so-called cool ustaz or ustazah, meaning that he or she not judging you or the way you present yourself and so on, the options are getting smaller. If English is the issue, perhaps I can suggest you to find some scholars from UIAM but to find someone who also tolerate the dress code, I’m afraid that things are…. You know what I mean,” saya kehilangan ayat.

“What about you? Why can you but not the others?” tanya salah seorang mereka.

“I don’t know. Perhaps because of what I believe. I believe that dakwah has priority. The sincerity is more to be appreciated. If you are sincere to learn about Islam, then it is my responsibility to respond on that. About the dress code and all, that is not the priority, at least today,” saya membuat penjelasan.

“Meaning that sooner or later, you will talk about our dressing code?” soal beliau. Agak provokatif bunyinya.

“Well, I will make you talk to yourselves about it. Changes should come from within. How we present ourselves is a reflection to our inner feeling and belief. My priority is to enhance the feeling and belief. Not the dressing,” saya menyambung lagi.

Bebas Bertanya
Diskusi bersama golongan Melayu Muslim elit ini sangat mencabar. Saya harus menyiapkan diri untuk apa sahaja bentuk soalan. Ada sesetengah soalan yang bunyinya sangat menakutkan bagi sesetengah kita, tetapi saya percaya bahawa membunuh soalan, akan mengheret “agama” ke gelanggang kalah mati. Mereka bebas bertanya, cuma sedikit sebanyak, pertanyaan itu perlu dipandu agar jelas apa yang dimahukan.

Saya percaya kepada dialog dan dialektik seperti amalan Socrates!

Soalan yang salah, sulit untuk mencungkil jawapan yang betul. Maka ada kalanya kita juga perlu membetulkan soalan sebelum menawarkan jawapan.

Selepas kami puas bersoal jawab, saya meminta izin untuk berkongsi sesuatu.

Saya akui, usaha untuk mencari ustaz dan ustazah yang berani mencabar diri bercakap dalam bahasa Inggeris sudah cukup menimbulkan kesulitan. Tetapi kesulitan sebenar yang dihadapi bukanlah semata-mata masalah bahasa. Ada ramai ustaz dan ustazah yang berkelulusan Masters dan PhD. dari negara seperti UK, USA dan Australia. Mustahil mereka ini tidak boleh berbahasa Inggeris.

Tetapi cabaran yang besar, terletak pada pemikiran.

Pemikiran Agamawan
Pemikiran golongan agama ini yang menjadi isu utamanya. Sikap yang terbit dari pemikiran tersebut menjadikan ramai di kalangan mereka yang gagal untuk memberi reaksi serta penyelesaian, menimbulkan banyak masalah. Sikap suka menghukum, gagal menilai antara masalah yang kelihatan (presenting problem) berbanding masalah sebenar (real problem), kurang empati dalam berdakwah dan superiority attitude yang tidak seiring dengan kualiti dan pengaruh, hanya menambahkan kebencian ramai anggota masyarakat kepada golongan agama.

Kekhuatiran saya memuncak hingga terigau dengan bayangan bagaimana satu hari nanti (mungkin sudah sampai harinya), golongan agama dipandang oleh masyarakat kita sebagaimana masyarakat Eropah memandang ahli gereja mereka. Golongan agama mereka
dianggap blood clot yang menyumbat, tersumbat, dan tidak ada apa-apa peranan kecuali menyusahkan lagi merimaskan.

Tetapi, golongan “moden” yang rimas dengan ustaz dan ustazah juga, tidak boleh meletakkan sepenuh “kesalahan” ke atas golongan agama seperti ini.

Mengapa?

Diskusi saya dan anak muda pagi itu berterusan lagi…

Salah Sendiri
“All the brainy kids were sent to study medicine, engineering etc. In 1980’s and 1990’s, it was not a popular option for someone who has the qualification to study law and economy, to choose Islamic Studies. Me myself, I suffered a lot from the perception of the people around me, guys! Oh, balik nanti jadi kadi ya! Oh, balik nanti jadi bilal ya! Those things were killing me inside. But I was determined about what I want. I have no regret in giving up all the other opportunities and chose Islamic Studies,” saya meneruskan cerita.

Bayangkan.

Jika Pengajian Islam menerima pelajar yang tidak berkualiti, bagaimanakah bentuk kepimpinan Islam yang bakal dihasilkan nanti?

Andai badan-badan yang memperjuangkan idea-idea janggal dipimpin oleh golongan profesional yang mempunyai kelayakan pendidikan yang tinggi, siapa pula yang mewakili suara Islam? Golongan yang mengaji tahap makbul diberi amanah membela agama, di hadapan golongan “intelektual” berpendidikan paling tinggi.

Golongan intelek pula terikat dengan seribu satu “aku janji”. Maka yang mewakili suara Islam di peringkat akar umbi, disinggung dengan mudah oleh golongan bla bla bla yang berkelulusan tinggi itu. Memang jadi fitnah kepada agama!

Hantar Anak Sendiri
“So, you cannot complain about the quality of the Islamic voice today, because Islam has become the victim of our own choice. We choose to let the excellent students learn about machines, and we let the Islamic leadership inherited by the under-qualified students. Ini semua hasil kerja kita sendiri. We eat what we produce!” saya sedikit kepanasan.

“So, if you believe that current ustaz and ustazah are hard to fit your expectation, then the best thing is to send your own children, your own brothers and sisters to learn Islamic Studies. Or even you! Let those English spoken Malay society from Damansara, Sierra Mas and Bukit Jelutong send their own kids to learn about Islam up to the degree level, at least. They will be the future ustaz and ustazah who can appreciate their own circle of neighbourhood. As for someone like me, believe me… it is a huge struggle for someone like me who came from a kampung, to understand people like you!” saya berterus-terang.

Nasihat yang sama pernah saya berikan kepada komuniti Irish Muslim semasa di Belfast dahulu.

Mereka mengeluh tentang imam-imam berbangsa Arab dan Pakistan yang memimpin komuniti yang amat pluralistik dengan cara yang hanya sesuai dengan persekitaran Arab Saudi dan Pakistan. Jika mereka benar-benar mahukan seorang imam yang faham akan kehendak dan keperluan persekitaran di Eropah, mereka harus sanggup melaburkan anak sendiri!

Hantar anak mereka belajar tentang Islam supaya 10 tahun akan datang, mereka ini akan memimpin masyarakat mereka sendiri.

Belajar dari Semua
“And one more thing, if you are sincere with the intention to learn about Islam, you should also have the courage to learn not only from someone you like or you feel comfortable with, but also from someone from the opposite. When I was a student, I learnt a lot not only from my favourite scholars, but also from my worst nightmare kind of ulama. But it’s me the one who should decide what is suitable for my need,” saya mahu segera melangsaikan perbincangan.

“Remember what Confucius said: Learning without thinking is useless. Thinking without learning is dangerous. If you have many things in your mind, then make sure that you also have the courage to learn from your best ustaz and from the worst. Tak boleh manja-manja!” saya menamatkan diskusi.

Kepala saya sakit semasa pulang daripada pertemuan itu.

Namun saya amat menghargai peluang sebegitu kerana saya sendiri dapat belajar banyak daripadanya.

Wahai pendakwah, masyarakat sudah berubah, anda bila lagi?

Ustaz Hasrizal Jamil
Sumber artikel daripada majalah Solusi isu No.9


Hasrizal Abdul Jamil

Lahir di Ipoh, Perak dan mendapat Ijazah Sarjana Muda (Hons) Syariah dan Pengajian Islamic, dari Universiti Mu’tah, Jordan. Berpengalaman sebagai guru, pengetua dan imam sambilan di Northen Ireland, dan pernah menjadi Pen. Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. Sedang menyambung pelajaran di peringkat Sarjana, Sains Kemanusiaan (Sejarah dan Tamadun) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Di samping sebagai kolumnis beberapa majalah, beliau kini beliau sebagai kaunselor pesakit di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Beliau aktif di dalam laman web beliau, www.saifulislam.com.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

  

gb0043 gb0043

Kembali ke atas